Saturday 5 November 2011

Salam buat semua..hari ni bie mahu kongsi resepi bie yang pertama.."kek batik"..ni adalah salah satu favorite recipes bie.

Setiap tahun masa raya tidak sah kalau tidak buat kek batik ni.lagipun bagi bie kek batik ni adalah salah satu kek yang sangat mudah untuk di pelajari lagi2 insan mcm bie ni.. yang baru nak belajar masak.he3

 

Kek batik @ biskut marie

 

Bahan-bahan

  • 1 bungkus  biskut marie
  • Setengah buku butter
  • 2 biji telur
  • 1 cwn serbuk koko
  • 1/2 cwn milo
  • 1 tin susu pekat ( Bie guna susu Cap junjung  )
  • 3/4 cwn gula
  •  milo dan koko tu terpulang pd citarasa. nak rase cokelat yg kuat..gune 1 cwn koko+1/2 cwn milo.nak rase yg agak mild,gune 1cwn milo+1/2 cwn koko

Cara-cara

  1. patah2kan biskut ( Patah 2 shj )
  2. dalam periuk, campurkan koko dan milo,. Dengan api sederhana, masukkan butter dan kacau sampai semua dah larut.
  3. masukkan susu tdi ,kacau sampai adunan cair.
  4. kecilkan api, masukkan telur..kacau sampai agak2 pekat (lbh kurang 30 saat).padamkan api
  5. masukkan pula biskut yg dah dipatahkan tadi.kacaukan sampai semua biskut dh di selaputi cokelat.
  6. Jangan gaul terlalu lama agar biskut tidak jadi lembik. masukkan dalam loyang dan ratakan. tekan2 adunan hingga padat dan sujukkan.

Friday 4 November 2011


Anak jati Sabah..Lahir Dalam Generasi Bajau Kota Belud Itu Lah Saya.

Saya Amat Mementingkan Keluarga Sebab Bagi Saya Family AdaLah Segala-galanya.

"Musapir Abdullah" Seorang Adam Yang Berjaya Menambat hati Saya.

"Ilhan Azib Bin Musapir" Putera Hati ku yang Terlalu ku Sayangi.